Followers

Monday, May 20, 2013

Warkah bt anakku Al-Qaid Ariq

Assalammualaikum anakku al-qaid arid....
Pada 1/3/2013, sesuatu tlh trjadi pada kamu wahai anakku..ibu & papa telah pergi ke rumah baru kt utk mnjengah & berehat disna...smua telah ditakdirkn..ketika itu kamu berusia 8 bln..
Ibu hendak memasak air utk mmbuat susu kamu..papa kamu tlh buat satu suis bru kat ats peti ais tp ibu x perasan lalu ibu tlh masak air menggunakan suis bawah yg trletak di ruang tamu rumah kt...ibu dgn tidak trfikir panjang telah meninggalkn kamu, abg kamu & sepupu kamu (kimi) utk ke bilik sebentar..dlm masa kurang dr 5 minit ibu mendengar jeritan kamu..ibu terus meluru keluar bilik & ibu dapati kamu sedang merangkak di tempat ibu masak air tersebut...ibu menjerit panggil papa & ibu terus memeluk kamu..papa pun menjerit & terus mengambil kamu dr dakapan ibu utk merendam kaki kamu dgn air paip...
masa tu papa marah sgt kat ibu...kami brgegas kuar rumah mndptkn rawatan utk kamu..3 klinik sepanjang hotel king tu semua x de ubat utk kes melecur...kami terus ke hospital brhampiran iaitu hospital pantai...kat sna service lambat sgt..kamu x henti2 menangis kesakitan...diorg bg kamu krim putih ngn air yg disiram kat tempat luka kamu saje..diorg nak refer kamu ke hospital putra @ GH, kami memilih GH atas sbb kewangan yg terbatas...selesai mmbayar bil rm70, papa terus drive kete menuju ke GH..kat GH doktor terus beri rawatan pada kamu...9 hari kamu disana...itupun ibu n papa mintak discharge...bahaya kalau kamu lama2 disana...kulit kamu mudah trdedah dgn kuman...kamu masuk wad 1/3  kamu operate utk korek keluar sel2 kulit mati 7/3...saat mmbawa kamu ke dewan bedah hati ibu sayu melihat kamu yg brpakaian putih & brtopi putih..ibu memeluk kamu erat seerat2nyer dr wad ke dewan bedah..kamu seperti mgerti, kamu diam dlm dakapan ibu..saat doktor hendak bius kamu dan kamu dr menangis terus terdiam kaku, ibu seperti kaku & mahu saja ibu dakap kamu kembali..tp ibu akur dgn tindakan doktor itu, doktor mnyuruh ibu mencium kamu & meninggalkn kamu disitu...langkah kaki ibu seakan berat utk meninggalkan kamu...tp ibu dipaksa...luluh la air mata ini dgn perasaan yg penuh dgn marah dgn kesilapan yg brpunca dr kelalaian ibu sendiri...selesai kamu dibedah papa mnyambut kamu & memeluk kamu erat..kemudian ibu masuk dr pintu blkg & terus memeluk kamu sehingga kamu dibenarkn ke ward...ini la perkara yg paling mnyedihkn apabila kamu dihantar ke dewan bedah...ibu & papa kesian sgt tgk kamu, sayu hati ni hanya tuhan je yg tau...betapa mnyesalnyer ibu pada masa tu...mahu saja ibu meraung tp ibu kuatkn semangat ibu...ibu x blh lemah ibu kena kuat, klau ibu lemah sapa nak pujuk kamu..papa nak uruskn barang2 kamu & ibu serta abg kamu....





No comments:

Post a Comment