Followers

Tuesday, January 15, 2013

TIP TINGGAL BERJAUHAN VERSI MIA :-)

hari ni aku nak share sedikit tip bg yang tinggal berjauhan ngn suami mcm aku....hehehehe...

1) Beri sokongan
Sentiasa beri sokongan dan semangat di antara satu sama lain demi masa depan keluarga.

2) Saling Mempercayai
Penting untuk suami isteri saling mempercayai. Tanpa kepercayaan semuanya boleh hancur.

3) Tetap berhubung
Walaupun anda berjauhan, anda perlu sentiasa berhubung dan berkomunikasi.

4) Libatkan Anak2
Libatkan anak-anak dalam komunikasi kerana anak adalah faktor pengikat suatu hubungan.

5) Kunjungi si dia
Jangan lupa untuk melawat pasangan anda. Sekali sekala anda juga perlu melawatnya disana.

6)Saling Mendoakan
Doakan Pasangan anda selepas solat 5 waktu kerana Allah s.w.t yang menentukan segalanya...

Friday, January 4, 2013

Qayyum masuk Prasekolah...

Salam petang jumaat semua...ari ni nak cite ttg qayyum yg dah start msuk prasekolah di Sek. Keb.Ayer Keroh...Qayyum prasekolah selama 2 tahun kat sekolah tu...mudah2an Qayyum cepat belajar n jadi anak yg bijak nnti...masa taklimat pada 31/12/2012 aritu aku, hubby n bby Qaid gi hantar dia ke sekolah...Kami pun duk lah dgr taklimat dr cikgu dia...nama cikgu dia cikgu Ross...ade sorg pembantu pengurusan murid n cikgu agama kat situ...murid plk ade 25 org...
Aku sekolah kn dia kat situ sbbnyer ade sepupu dia Darwisyah Inshirah yg berumur 6 thn...Qayyum plk 5 thn...thn depan sorg2 la dia kat situ...
1st day sekolah dah tumpahkan air susu yg cikgu bg...kena pulak kat baju dak ira...bila cikgu dia marah dia sengih (senyum) panjang jer...cikgu ckp nasib baik la hensem...klau x cikgu pukul hehehehe...cikgu ckp qayyum bila suh menulis dia mula la gi kacau org sna sni...amboi anak bujung aku ni...noty2x yer...cikgu ckp jgn risau...cikgu akan bimbing dia...dlu sepupu dia dak ira masuk kat situ pun zero O...x tau ape2...skrg dah pandai membaca...lega sikit hati aku bila dgr penjelasan dr cikgu ross..
Semoga Al-Qayyum Aswad akan mnjadi anak yg berjaya dalam hidup 1 ari nnti...cita-cita dia nak jdi usahawan yg byk duit kata dia...( I:Qayyum dah besar nak jdi ape...Q:nak jadi usahawan....yg byk duit tu....)

Tuesday, January 1, 2013

Aktiviti Cuti Sempena Tahun Baru 2013....

Assalamualaikum......
Selamat Tahun Baru 2013 kpd rakan2 blogger n pembaca setia blog aku ni...hehehe...(ade ker)
Semalam 1/1/2013 kami sekeluarga (aku, en somi, mak, qayyum, bby qaid, atun n amy) mghabiskan cuti dgn menonton wayang....kami ke GSC Jusco (AEON) Bandaraya Melaka...Actually kami nak tgk cite jackie chan CZ12...disebabkn kami lewat smpai, yg tggal pkul 6.30pm...ktorg pun trpaksa la tgk cite Here Comes The Boom...best gak cite ni...cite ni berunsurkn action comedy...layan jgak la...


bby qaid tido je dlm wayang...coz mulut nyer telah aku sumbat ngan puting cap gantung....1st time ktorg bwk bby qaid msuk wayang stelah umur nyer menjangkau 7 bln skrg...alhamdulillah x meraung...hehehehe..next time leh gi lg...ok la smpai sni dlu n3 utk kali ni..bby qaid dah ngantuk nak tido kn dia dlu...